Saya mula berkecimpung dalam bidang ini sejak menemani kawan dalam sesi photoshoot. Sebelum ini, memang saya agak berminat untuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera handfon. Bila nak beli handfon je, mesti pilih yang ada kamera dan yang ada MP3. Sebabnya saya memang minat ambil gambar. Sewaktu di tahun satu berada di Universiti Sains Malaysia, saya telah membeli sebuah laptop Acer Aspire 4315 yang dibeli secara online. Sewaktu mula-mula menggunakan laptop, saya agak excited untuk menggunakan camera yang ada pada laptop tersebut. Banyak gambar diri saya yang telah di snap dengan menggunakan laptop. Pada raya puasa, saya menggunakan laptop untuk mengambil gambar suasana hari raya. Mungkin ada yang berasa pelik dan ketawa apabila membaca coretan ini. Tetapi inilah realitinya.
Acer Aspire 4315 |
Setelah itu, pada semester ketiga di USM, saya membele sebuah handfon Xpress Music 5130 dengan menggunakan duit PTPTN. Masa tu happy sangat sebab handfon saya yang dulu telah rosak teruk. Sewaktu membuat pemilihan untuk membeli gajet tersebut, saya memang mengimpikan handfon Xpress music tersebut sebab reka bentuknya yang menarik, speaker yg kuat, ada radio FM, ada kamera, ada MP3 player. Saya rasa sangat gembira pada waktu itu kerana dapat membeli handfon yang di idam-idamkan. Banyak juga gambar yang saya snap dengan menggunakan kamera handfon. Nak beli kamera digital, masih tak mampu, dan ingin berjimat sedikit.
Nokia Xpress Music 5130 |
Dan pada semester keenam dapat juga saya membeli sebuah kamera digital Canon Powershot A490. Dengan kamera itu, saya dapat merakam banyak gambar-gambar yang menarik. Terima kasih untuk my beloved friend cik kelate kerana telah memperkenalkan saya dengan photographer serta saya juga telah menjalani satu sesi photoshot. dari situ la bermulanya perkenalan saya dengan semua photographer di facebook. Setelah perkenalan dengan photographer di dalam facebooknya, saya telah menerima banyak request untuk menjadi kawan. Saya juga telah menjalani satu lagi sesi photohoot dengan seorang photographer USM.
photoshoot with Rizal Zawawi photographer |
Photoshoot with Apai USM photographer |
Setelah itu, untuk mengetahui lebih lanjut tentang photography, saya telah membuat group photography di facebook. Saya telah berkenalan dengan ramai photographer dari seluruh pelusuk malaysia. Ramai yang telah memberi saya tunjuk ajar tentang dunia foto. Saya adalah pencinta gambar yang menarik. Tidak kira dimana sahaja saya berada, mesti saya akan membawa handfon dan kamera untuk mengambil gambar yang menarik.
Sewaktu perkahwinan mak saudara saya pada 15 Mac 2011, saya telah ditugaskan untuk mengambil gambar pengantin dengan menggunakan DSLR Nikon D80. Kamera ini adalah kepunyaan pejabat adik saya yang bekerja sebagai juruteknik komputer di pusat kegiatan guru (PKG) Bedal. Dia telah meminjamkan kamera tersebut. Pada mula saya mendapat kamera tersebut, saya telah belajar untuk setting kamera tersebut secara berdikari. Hasilnya saya hanya tahu sedikit tentang setting yang perlu diubah. Gambar tersebut telah menjadi noise disebabkan oleh salah setting untuk ISO. Sebenarnya saya baru saha mengetahui tentang penggunaan ISO pada kamera. Tak apa, belajar dari pengalaman lalu. Untuk perkahwinan kaklong nanti saya akan buat yang terbaik dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari daripada photographer sekalian.
wedding |
Kesimpulannya, saya memang minat mengambil gambar yang menarik. Saya suka fotografi. Saya suka belajar tentang cara untuk mendapatkan shot yang menarik. terima kasih kepada semua photographer di dalam facebook, kerna telah banyak memberi saya tunjuk ajar mengenai dunia gambar + kamera. Saya tidak menyebut nama photographer-photographer disini sebab saya tidak mahu ada yang tertinggal dan akan terasa hati sekiranya namanya tidak ditulis dalam coretan ini. Apa-apa pun hidupku menjadi indah dan lebih bermakna dengan photography. InsyaAllah, saya akan membeli sebuah kamera DSLR untuk kepuasa bergambar. Love You All. ~LoVe aNd FaiTh~
sama2 sahabtku:)
BalasPadamhehe..tak dak masalah:)t lau ad lg sesi phtshoot sana.leh g sama2
hehe ok..
BalasPadammmg rmai photographer kt sni nk wt photoshoot..
tp ore je xde mse..
lau zie dk sni, kte g sama2 ek..
assalamualaikum...saya dari blog Raudatulhuda, tuan blog ini ada bertanyakan tentang bagaimana saya membuat menu pada 'head' blog saya seperti 'laman utama','mengenai blog ini' dan lain2...mula2,anda ke menu 'design', kemudian anda ke menu 'posting' dan seterusnya ke menu 'edit pages'..terdapat tutorial mudah di sana..maaf kerana lambat membalas..sibuk di tahun akhir ni..sila contact page raudatulhuda saya jika masih terdapat sebarang masalah..
BalasPadamok thanks...
BalasPadam