Khamis, 27 Januari 2011

Lawatan Antarabangsa ke Hatyai, Thailand.




Pada 21 januari 2011, satu lawatan antarabagsa ke Hat Yai, Thailand selama dua hari satu malam. Sampai je di Thailand, kami menuju ke Universiti Hat Yai. Kami disambut oleh pelajar universiti tersebut dan diberi taklimat ringkas tentang universiti tersebut serta program yang terdapat disana. Setelah melawat sekitar university berkenaan, kami berangkat ke 'floating market' yang terletak di Hat Yai. Disana merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong. Penduduk di sana pandai mengambil peluang untuk melakukan urusniaga. Meniaga dalam sungai merupakan salah satu tarikan pelancongan yang unik dan kreatif. Mereka sangat kreatif kerana menjual makanan dan minuman dengan ‘clay pot’. 


Selain daripada untuk tarikan pelancong asing, ia juga boleh menambahkan pendapatan penduduk setempat. Apa yang menariknya, terdapat peniaga yang berani meniaga di tebing sungai tanpa rasa takut. Inilah semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat yang menjadi tarikan pelancong. Kebanyakkan peniaga yang meniaga di tebing sungai ialah terdiri daripada mereka yang menjual makanan dan minuman. Ramai juga peniaga muslim yang mengambil peluang untuk meniaga di tebing sungai dengan hanya duduk di atas perahu yang telah diikat di tebing sungai. 


Ekonomi di Thailand, khususnya Hat Yai telah membangun dengan pesat. Disebabkan oleh penduduknya suka berniaga, ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jika dilihat Bandar Hat Yai dari atas, memang banyak bangunan yang tumbuh pesat. Pada malamnya, kami ke night market. Disana terdapat pelbagai jenis makanan halal, makanan tidak halal, pakaian dan sebagainya. Jika hendak berbelanja pun boleh di sana. Harganya pun berpatutan. Untuk ke sana, kami menaiki Tut Tut (teksi). Harga tambang untuk seorang hanya 20bhat. Rakyat Thailand didak jemu untuk menjalankan bisnes walaupun ianya kecil, tetapi mereka berusaha untuk memajukan diri serta meningkatkan sumber pendapatan. 


Pada 22 Januari 2011, kami berangkat ke ‘Suntisuk marke’t. Disana terdapat pasar basah serta pasar kering. Mereka buka pasar tersebut pada setiap hari. Melihat kepada kesungguhan mereka meniaga menyebabkan kami berfikir sejenak. Keluarga saya memang sejak dulu lagi menjalankan perniagaan kecil kecilan. Saya dapat rasakan bagaimana perasaan mereka apabila terdapat ramai pelancong asing yang datang untuk membeli barang yang mereka jual. Setelah itu, kami ke Lee Garden Plaza yang terletak tidak jauh dari hotel yang kami menginap. Di sana terdapat ‘shopping complex’ seperti di Malaysia. Terdapat deretan kedai yang menjual pakaian serta cederahati berhampiran dengan Lee Garden Plaza. Di sana harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada di suntisuk market. Lawatan ini memberikan ikhtibar bahawa tiada yang mustahil dalam arus perniagaan. Apa jua produk yang difikirkan perlu dijadikan objek untuk jualan dapat memberikan keuntungan yang tersendiri. Semangat perniagaan yang ada dalam diri penduduk Hat Yai perlu dicontohi. Walaupun banyak persaingan, mereka tidak betah untuk meneruskan perniagaan mereka untuk mencari rezeki yang halal. Malam itu bertolak balik ke Malaysia. Kami tidak terus balik ke USM, tapi ke UUM dahulu kerana ada sedikit taklimat dari CEdi. 


Pada 23 Januari 2011, kami berada di UUM untuk sesi taklimat bersama CeDi. Biasa la ada sedikit problem yang melanda diriku.. Apa-apa pun percutian kali ini sangat menarik. Walaupun ada hati yang disakiti, namun aku anggap ia sebagai satu pengajaran untuk masa hadapan. So, bila dh dapat cuti kita happy.. Semua masalah aku biarkan. Aku jadikan seperti angin lalu..