Isnin, 28 Mac 2011

Photography


Saya mula berkecimpung dalam bidang ini sejak menemani kawan dalam sesi photoshoot. Sebelum ini, memang saya agak berminat untuk mengambil gambar dengan menggunakan kamera handfon. Bila nak beli handfon je, mesti pilih yang ada kamera dan yang ada MP3. Sebabnya saya memang minat ambil gambar. Sewaktu di tahun satu berada di Universiti Sains Malaysia, saya telah membeli sebuah laptop Acer Aspire 4315 yang dibeli secara online. Sewaktu mula-mula menggunakan laptop, saya agak excited untuk menggunakan camera yang ada pada laptop tersebut. Banyak gambar diri saya yang telah di snap dengan menggunakan laptop. Pada raya puasa, saya menggunakan laptop untuk mengambil gambar suasana hari raya. Mungkin ada yang berasa pelik dan ketawa apabila membaca coretan ini. Tetapi inilah realitinya. 
Acer Aspire 4315


Setelah itu, pada semester ketiga di USM, saya membele sebuah handfon Xpress Music 5130 dengan menggunakan duit PTPTN. Masa tu happy sangat sebab handfon saya yang dulu telah rosak teruk. Sewaktu membuat pemilihan untuk membeli gajet tersebut, saya memang mengimpikan handfon Xpress music tersebut sebab reka bentuknya yang menarik, speaker yg kuat, ada radio FM, ada kamera, ada MP3 player. Saya rasa sangat gembira pada waktu itu kerana dapat membeli handfon yang di idam-idamkan. Banyak juga gambar yang saya snap dengan menggunakan kamera handfon. Nak beli kamera digital, masih tak mampu, dan ingin berjimat sedikit. 
Nokia Xpress Music 5130

Dan pada semester keenam dapat juga saya membeli sebuah kamera digital Canon Powershot A490. Dengan kamera itu, saya dapat merakam banyak gambar-gambar yang menarik. Terima kasih untuk my beloved friend cik kelate kerana telah memperkenalkan saya dengan photographer serta saya juga telah menjalani satu sesi photoshot. dari situ la bermulanya perkenalan saya dengan semua photographer di facebook. Setelah perkenalan dengan photographer di dalam facebooknya, saya telah menerima banyak request untuk menjadi kawan. Saya juga telah menjalani satu lagi sesi photohoot dengan seorang photographer USM. 
photoshoot with Rizal Zawawi photographer
Photoshoot with Apai USM photographer

Setelah itu, untuk mengetahui lebih lanjut tentang photography, saya telah membuat group photography di facebook. Saya telah berkenalan dengan ramai photographer dari seluruh pelusuk malaysia. Ramai yang telah memberi saya tunjuk ajar tentang dunia foto. Saya adalah pencinta gambar yang menarik. Tidak kira dimana sahaja saya berada, mesti saya akan membawa handfon dan kamera untuk mengambil gambar yang menarik.

Sewaktu perkahwinan mak saudara saya pada 15 Mac 2011, saya telah ditugaskan untuk mengambil gambar pengantin dengan menggunakan DSLR Nikon D80. Kamera ini adalah kepunyaan pejabat adik saya yang bekerja sebagai juruteknik komputer di pusat kegiatan guru (PKG) Bedal. Dia telah meminjamkan kamera tersebut. Pada mula saya mendapat kamera tersebut, saya telah belajar untuk setting kamera tersebut secara berdikari. Hasilnya saya hanya tahu sedikit tentang setting yang perlu diubah. Gambar tersebut telah menjadi noise disebabkan oleh salah setting untuk ISO. Sebenarnya saya baru saha mengetahui tentang penggunaan ISO pada kamera. Tak apa, belajar dari pengalaman lalu. Untuk perkahwinan kaklong nanti saya akan buat yang terbaik dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari daripada photographer sekalian.
wedding

Kesimpulannya, saya memang minat mengambil gambar yang menarik. Saya suka fotografi. Saya suka belajar tentang cara  untuk mendapatkan shot yang menarik. terima kasih kepada semua photographer di dalam facebook, kerna telah banyak memberi saya tunjuk ajar mengenai dunia gambar + kamera. Saya tidak menyebut nama photographer-photographer disini sebab saya tidak mahu ada yang tertinggal dan akan terasa hati sekiranya namanya tidak ditulis dalam coretan ini. Apa-apa pun hidupku menjadi indah dan lebih bermakna dengan photography. InsyaAllah, saya akan membeli sebuah kamera DSLR untuk kepuasa bergambar. Love You All. ~LoVe aNd FaiTh~


Ahad, 6 Februari 2011

HoLiDaYs with My bFF in PeNaNg

Tambah kapsyen
Happening giler cuti raya cina + cuti mid sem yang lalu. Memang aku dah planning tuk x balik kampung.. Hari sabtu, aku ke rumah sepupu papaku yg terletak kat simpang ampat, bukit tambun, sps penang.. 4 hari 3 malam kat saner.. Hari first, pakcik aku nk sambut birthday anak sulung ye yg duk kt umah ex wife ye.. Mase ye pi umah tu, aku dgn makcik(current wife) aku pi jln2 kt parit buntar.. pi long wan, pi jln2 kt pasar raya hari2, pi happy home.. best lak sesekali berjalan2 teman makcik aku shopping.. Kami berdua je pi shopping sbb pakcik aku dgn anak2 ye ke rumah ex wife ye sambut birthday anak ye.. Lpas tu jumpa smula dgn pakcik aku kt satu restaurant tuk mkn tengahari.. Lepas mkn, kitorang pun balik umah.. Becok sungguh anak2 pakcik aku bila jumpa dgn aku.. banyak cerita yang dia nk kongsi. Ada jugak pasal aku dh lama x kesana, dorang marah2, majuk manja2.. ala budak2, kita bagi gula2 ke biskut ke mesti ye suka punya..

                                                                                                                  

Hari kedua, duk umah jaga budak2.. Nakal jugak ilham wafi ni, kejap2 pi umah pengasuh ye, kejap2 lesap.. ni masih kecil. Lau dh besar x tau laa.. hari ketiga, duk umah je.. hari isnin, smua keje.. boring2 dk umah, aku mengemas umah pakcikku apa yang patut.. Petang tu igt nak balik, tapi makcikku x bagi.. Ye ckp, alang2 dh pi umah ye, dk la lama skit.. hehe.. petang tu aku ikut ye pi sekolah.. dia ada latihan bola jaring yang akan bertanding tak lama lagi.. suka2 pi saner.. dh lama x rasa suasana sekolah.. seronok tgk budak2 kat skolah tu.. Hari keempat, pakcikku antarku ke stesen bas bukit mertajam.. Aku dh nak balik penang.. nak rasa naik bas yang terus ke usm, x nak naik feri. Biasa lau aku ke sner, aku akan naik feri dlu.. Kejap je rasanya dk dalam bas naik jambatan.. Bas rapid dari megamall ke usm bernombor 705.  Tak ramai yang naik bas tu. maybe x ramai yang tahu ada bas direct kot..

Hari khamis lepas, kawan baikku merangkap kembarku masa sekolah datang ke penang tuk jalan2 bersamaku. dah lama tak jumpa dgn Maryam aziizah (cik kelate).. Sampai2 je terus ajak aku pi photo shoot kat taman botani.. Katanya ada sorang photographer nak ambk gambar photo shoot suka2.. Aku terus setuju sbb sebelum ni mmg x pernah la shoot.. Best jugak jd ala- ala model kat taman tu.. cantik background ye.. Berlatar belakangkan pokok dan daun2 kering yang berguguran di lantai bumi.. seronok dan happening.. Malam tu, aku kuar pulak makan bersama kawanku dari uitm s.alam.. Dia balik bercuti di kampung halaman yang terletak di sg petani, kedah. Aku yang nak belanja dia sebab sudah kalah dalam percaturan/cabaran yang dia buat pada tahun lepas.. Aku sahut cabarannya sebab aku memang tidak suka orang memandang rendah pada kemampuanku.. Kawanku bawa makan kat nurul ikan bakar. Best jgk la makan kat saner walaupun kena tunggu lama.. Pengunjung memang ramai giler. Kawanku zie dh buat muka lapar.. cakap pun kadang2 je.. kesian kat dia.. Lepas makan, kami ke pasar malam di batu feringgi. Waktu tu kedai tak banyak sangat yang buka. maybe sebab hari tu hari raya cina kot. Tapi happening giler la kat saner.. first time aku sampai saner.. walaupun dah 3 tahun kat penang, tapi aku baru first time ke saner.. boleh tengok night market hehe.. Aku berterima kasih banyak2 kat kawanku yang sudi bawa kami ke sana. tak sia2 zie mai penang. Lewat malam baru balik ke hostel. Waktu tu baru teringat yang aku terlupa untuk bawa souvenir dari hatyai tuk kawanku. Zie sudah dapat awal2 sampai lagi souvenir dariku.. Terpaksa la kawanku tunggu aku pi ambk souvenirnya kat bilik. Puas hatiku dapat beri souvenir pada teman2 ku walaupun ianya tidaklah seberapa.

Malam itu, aku dan zie tido lambat sebab kitorang dah lama x berbual2 panjang dari hati ke hati.. Pukul 4 pagi baru mata terlelap. maklum la, memang dh lama sgt tak jumpa. Last jumpa pun sewaktu reunion kelas pada raya puasa ke enam 2010. Sebab tu terlalu banyak kata2 sampai  tak sedar masa berlalu.. becok je mulutku bercerita itu dan ini.. hehe..

Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Hari kedua, aku dan zie berjalan2 ke bukit jambul shopping mall.. Jalan punya jalan, penat sudah.. Kesian kat zie, sudah pening2.. Lepas rehat seketika, kami pulang ke hostel.. Petang tu, zie bercadang tuk ambk pic aku.. ye nak jadi ala2 photographer.. igtkan dia nak jd model sekali.. tapi sekali bila dah bersiap2, dia just nk jadi photographer je.. huhu.. Tapi cantik jugak la pic yang dia ambk.. Sudah pandai sekarang ni.. hehe..

Lepas tu terus dia upload pic kami kat facebook. Bila senior mse skolah tgk, terus dia tegur.. Dia ajak kuar mkn mlm lak dgn dia.. Aku pun dah lama tak jumpa senior tu.. Pernah juga la jumpa dia kat usm, mase tu x cam sangat muka ye. Ye la dah lama tak jumpa, muka pun masing2 dh berubah. Lebih2 lagi dia dh makin slim merlin,. Lepas mkn, kami pi bersiar2 di queensbay lak. Ambk angin suasana malam di sana.. Ramai jugak yang dk lepak2 hujung minggu kat saner.. Sampai penuh sesak. malam tu, zie nak pakai inai, tapi dia yang tertido awl. maybe terlalu penat kot. Kesian lak tengok kawanku sorang ni.

Hari ketiga zie kat penang, kami kuar dengan senior sekolah ke queensbay. Memang ramai la orang waktu tu sampai parking dalam bangunan hampir penuh,. Jalan punya jalan, tak sedar hari dah gelap. Masa tu aku rasa penat sangat. Walaupun batuk tak henti2, tapi sebab kawan, aku gagahkan juga. Lepas ke qbay, kami ke tesco lak.. pi ronda2 kat tesco. lepas tu masa untuk pulang. Terasa sayu lak berpisah dengan senior.. Sebenarnya dia juga kawan kaklongku.. Malam tu, seperti yang telah dijanjikan, aku dan zie berinai. Berehat sebentar daripada facebook sebab tangan kami penuh dengan inai. Happy benar dapat berinai.. dah lama tak berinai hehe. suka3..

Last day zie di penang, aku hantar dia ke parking kereta hostelku. Terasa sayu lak, tak tahu bila lak kami boleh bersua muka lepas ni. Kenangan yang tercipta terlalu indah.. Cayang zie.. nanti jika ada kelapangan, aku akan menyusur ke alor star pula. Pi jalan2 ke sana.. Zie pula yang kena jadi tourist guildku hehe..
Apa-apa pun terima kasih la buat teman baikku zie, sebab sudi melawatku di sini. Terima kasih juga buat teman2 lain yang terlibat dalam drama sebabak kami.. hehe.. happy always..




Tambah kapsyen
                                                                                                                                                                                











                                   











Tambah kapsyen






Tambah kapsyen
Tambah kapsyen

Khamis, 27 Januari 2011

Lawatan Antarabangsa ke Hatyai, Thailand.




Pada 21 januari 2011, satu lawatan antarabagsa ke Hat Yai, Thailand selama dua hari satu malam. Sampai je di Thailand, kami menuju ke Universiti Hat Yai. Kami disambut oleh pelajar universiti tersebut dan diberi taklimat ringkas tentang universiti tersebut serta program yang terdapat disana. Setelah melawat sekitar university berkenaan, kami berangkat ke 'floating market' yang terletak di Hat Yai. Disana merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik perhatian pelancong. Penduduk di sana pandai mengambil peluang untuk melakukan urusniaga. Meniaga dalam sungai merupakan salah satu tarikan pelancongan yang unik dan kreatif. Mereka sangat kreatif kerana menjual makanan dan minuman dengan ‘clay pot’. 


Selain daripada untuk tarikan pelancong asing, ia juga boleh menambahkan pendapatan penduduk setempat. Apa yang menariknya, terdapat peniaga yang berani meniaga di tebing sungai tanpa rasa takut. Inilah semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat yang menjadi tarikan pelancong. Kebanyakkan peniaga yang meniaga di tebing sungai ialah terdiri daripada mereka yang menjual makanan dan minuman. Ramai juga peniaga muslim yang mengambil peluang untuk meniaga di tebing sungai dengan hanya duduk di atas perahu yang telah diikat di tebing sungai. 


Ekonomi di Thailand, khususnya Hat Yai telah membangun dengan pesat. Disebabkan oleh penduduknya suka berniaga, ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jika dilihat Bandar Hat Yai dari atas, memang banyak bangunan yang tumbuh pesat. Pada malamnya, kami ke night market. Disana terdapat pelbagai jenis makanan halal, makanan tidak halal, pakaian dan sebagainya. Jika hendak berbelanja pun boleh di sana. Harganya pun berpatutan. Untuk ke sana, kami menaiki Tut Tut (teksi). Harga tambang untuk seorang hanya 20bhat. Rakyat Thailand didak jemu untuk menjalankan bisnes walaupun ianya kecil, tetapi mereka berusaha untuk memajukan diri serta meningkatkan sumber pendapatan. 


Pada 22 Januari 2011, kami berangkat ke ‘Suntisuk marke’t. Disana terdapat pasar basah serta pasar kering. Mereka buka pasar tersebut pada setiap hari. Melihat kepada kesungguhan mereka meniaga menyebabkan kami berfikir sejenak. Keluarga saya memang sejak dulu lagi menjalankan perniagaan kecil kecilan. Saya dapat rasakan bagaimana perasaan mereka apabila terdapat ramai pelancong asing yang datang untuk membeli barang yang mereka jual. Setelah itu, kami ke Lee Garden Plaza yang terletak tidak jauh dari hotel yang kami menginap. Di sana terdapat ‘shopping complex’ seperti di Malaysia. Terdapat deretan kedai yang menjual pakaian serta cederahati berhampiran dengan Lee Garden Plaza. Di sana harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada di suntisuk market. Lawatan ini memberikan ikhtibar bahawa tiada yang mustahil dalam arus perniagaan. Apa jua produk yang difikirkan perlu dijadikan objek untuk jualan dapat memberikan keuntungan yang tersendiri. Semangat perniagaan yang ada dalam diri penduduk Hat Yai perlu dicontohi. Walaupun banyak persaingan, mereka tidak betah untuk meneruskan perniagaan mereka untuk mencari rezeki yang halal. Malam itu bertolak balik ke Malaysia. Kami tidak terus balik ke USM, tapi ke UUM dahulu kerana ada sedikit taklimat dari CEdi. 


Pada 23 Januari 2011, kami berada di UUM untuk sesi taklimat bersama CeDi. Biasa la ada sedikit problem yang melanda diriku.. Apa-apa pun percutian kali ini sangat menarik. Walaupun ada hati yang disakiti, namun aku anggap ia sebagai satu pengajaran untuk masa hadapan. So, bila dh dapat cuti kita happy.. Semua masalah aku biarkan. Aku jadikan seperti angin lalu..