~My JuRNaL~
Perjalanan hidup begitu sukar untuk dijalani. Namun, kita perlu tabah untuk mengadapi hari-hari yang mendatang. Enjoy your life.
Sabtu, 21 Julai 2012
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Assalamualaikum.. Syukur kehadrat Ilahi, kita masih dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Bulan Syaaban telah melabuhkan tirainya, Ramadhan pula menjelma tiba. Kedatanganmu ya Ramadhan dinanti-nanti. Setiap muslimin dan muslimat mesti tidak sabar-sabar untuk menyambut Ramadhan al- Mubarak dengan penuh kemeriahan. Alhamdulillah hari ini, kita sudah menjalani ibadah puasa di hari pertama dalam bulan Ramadhan. Mesti banyak cerita suka duka yang berlaku pada hari ini kan? Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya melepasi ujian Allah pada hari ini.Kepada adik-adik yang baru belajar berpuasa, harap tempuhilah ramadhan ini dengan hati yang ikhlas. Puasa penuh bukan sahaja untuk duit raya, tetapi untuk membentuk jati diri kita.
Sewaktu saya sedang menunggu waktu untuk berbuka, saya tertarik dengan iklan yang ditayangkan di TV9. Seorang kanak-kanak yang belajar puasa di bulan Ramadhan, tidak dapat menahan kepenatan. Setiap detik akan bertanyakan waktu jam berapa kepada si ibu. Yang menariknya, si kanak-kanak ini bermimpi bahawa dia sedang terbaring lesu di atas pankin. Ditoleh ke kiri, kelihatan pakcik tua sedang mencangkul. Membanting tulang untuk mencari rezeki walaupun puasa. Ditoleh ke kanan, ternampak seorang makcik yang berkerja keras dibawah sinaran matahari. Tiba-tiba, dia terlihat buah kelapa jatuh ke kepala ibunya. Meraung ketakutan melihat ibunya pengsan. Saya tertarik dengan ikan sebegini sebab ia menyelitkan unsur pengajaran buat anak-anak masa ini.
Jadi pengajaran yang perlu kita ambil ialah, sentiasalah ringan tulang membantu ibu menyediakan juadah berbuka puasa. Walaupun puasa, kita tidak digalakkan tidur diwaktu petang kerana ia akan mendatangkan makhruh terhadap puasa.. wallahualam.. Marilah kita sama-sama menyerikan lagi Ramadhan pada tahun ini. Bukan dengan warna warni bunga api, bukan dengan mercun, tetapi dengan memperbanyakkan ibadah kita kepada Allah S.W.T. Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat menemui Ramadhan untuk tahun hadapan kerana semuanya atas kehendak Allah..
Wassalam...
Langgan:
Catatan (Atom)